Khamis, 14 Mei 2015

Senduduk (Melastoma, Melastomataceae)

SENDUDUK KAMPUNG
Melastoma malabathricum, Melastomataceae




Pokok Senduduk kampung atau nama sainsnya Melastoma malabathricum tergolong dalam famili Melastomataceae mudah ditemui di kawasan terbuka yang mendapat cahaya matahari penuh, bersaliran baik dan tanah jenis liat berpasir.
Pokok renek berketinggian hingga 2 meter ini biasa hidup dalam kelompok sehingga mengganggu pertumbuhan pokok yang lebih kecil.

Terdapat 9 spesis pokok senduduk iaitu: 

1. Melastoma dodecandrum - Senduduk akar
2. Melastoma fuscum - 
3. Melastoma imbricatum - Senduduk putih
4. Melastoma intermedium - Senduduk paya
5. Melastoma malabathricum - Senduduk kampung
6. Melastoma penicillatum - Senduduk bulu
7. Melastoma polyanthum - Senduduk lembayung
8. Melastoma saigonense - Senduduk campa
9. Melastoma sanguineum - Senduduk kemunting

Daun senduduk kampung biasanya dicari untuk direbus bersama bunga serta pucuk betik untuk tujuan menghilangkan rasa pahit betik itu. 
Antara khasiat senduduk kampung ialah ia berguna untuk merawat luka luar dan dalam. Ianya turut juga digunakan oleh golongan wanita yang baru bersalin untuk mempercepatkan proses penyembuhan rahim. 
Selain itu ia boleh juga digunakan untuk merawat cirit birit, dan dikatakan juga pucuknya mampu untuk merawat penyakit keputihan, buasir dan bintik bintik pada pesakit cacar.

Bunga dan buah Senduduk kampung

Bunganya yang cantik sangat menarik hati, buahnya pula biasa dijadikan peluru pistol kayu manakala daunnya dijadikan pembunuh pahit bunga betik.

Buah Senduduk kampung yang telah masak

Buah masak boleh dimakan dan rasanya manis. Sesetengah orang menjadikannya ramuan untuk dakwat kerana warnanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan