Ahad, 26 Jun 2022

Pepanggil (Clerodendrum, Lamiaceae)

PEPANGGIL PAGODA
Clerodendrum paniculatum,  Lamiaceae

Pokok Pepanggil pagoda merupakan pokok mudah hidup terutama di kawasan bersaliran baik, separa terbuka terutamanya di kawasan tanah liat.

Terdapat sebanyak 327 spesis pokok pepanggil di dalam genus pepanggil ini. Spesis yang biasa ditemui ialah:

1. Clerodendrum bungei - Pepanggil siantan
2. Clerodendrum calamitosum - Pepanggil melur
3. Clerodendrum chinense - Pepanggil mawar
4. Clerodendrum colebrookianum  - Pepanggil gapis
5. Clerodendrum floribundum - Pepanggil jambak
6. Clerodendrum indicum - Pepanggil gabus
7. Cerodendrum paniculatum - Pepanggil pagoda
8. Clerodendrum splendens - Pepanggil api
9. Clerodendrum thomsoniae - Pepanggil sireh
10. Clerodendrum wallichii - Pepanggil pengantin 

Bunga Pepanggil berbentuk jambak. Tidak pernah dilihat buahnya. Pokok ini boleh ditanam melalui keratan batang atau anak pokok. 
Anak pokok ini tumbuh melalui akar pokok yang menjalar jauh dari induk.

Untuk melihat spesis yang lain boleh merujuk laman web di bawah: 
http://www.theplantlist.org/browse/A/Lamiaceae/Clerodendrum/

Kegunaan pokok Pepanggil pagoda:

Air rendaman daun diminum sebagai pencahar. Selain itu, daunnya digunakan sebagai tuam untuk merawat luka melecur, luka dan ulser. Tuam daun yang ditumbuk, digabungkan dengan daun ulan (Merremia vitifolia), digunakan sebagai tuam pada perut yang buncit. 
Akarnya masuk dalam preskripsi untuk penderitaan yang pelbagai seperti masalah paru-paru, edema, hematuria dan reumatik. 
Pelbagai bahagian digunakan untuk sifat anti-radangnya. Akarnya digunakan sebagai antimalaria, karminatif dan melawan tuberkulosis. Daunnya digunakan untuk sakit dada secara umumnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan